ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
20242023202220212020201920182017201620152014201320122011201020092008200720062005200420032002200120001999
Current Location:Index » Singapore Malaysia Thailand TV » nán hūn nǚ jià / In Laws / In-Laws Press Conference / 男婚女嫁 movie online Watch
nán hūn nǚ jià / In Laws / In-Laws Press Conference / 男婚女嫁

nán hūn nǚ jià / In Laws / In-Laws Press Conference / 男婚女嫁

Actors:Li Mingzhong / wear Qianyun / Xie be relaxed / Liang Zhengkang /

Category:SG MAS TL Director:Unknown

Year:2013 Updated:2013-05-15 21:12:26 

Update status:EndShare:

Videos play from:Cloud Player 0#- Do not need to install client, online play nán hūn nǚ jià / In Laws / In-Laws Press Conference / 男婚女嫁
Story about: nán hūn nǚ jià / In Laws / In-Laws Press Conference / 男婚女嫁
    Singapore Malaysia Thailand TV < nán hūn nǚ jià / In Laws / In-Laws Press Conference / 男婚女嫁 >
    Director:Unknown
    Stars:Li Mingzhong / wear Qianyun / Xie be relaxed / Liang Zhengkang /
    Storyline:

    Drama bersiri menarik ini bakal memberi kesan yang mendalam terhadap penonton dengan lakonan hebat pelakon veteran wanita, Remon Lim (Pelakon Wanita Terbaik Golden Awards 2012) dan Loo Aye Keng yang membawakan watak ibu mertua yang mempunyai falsafah hidup berbeza dan sering berselisih pendapat. Turut menjayakan drama ini adalah Lawrence Wong, Joey Leong, Frederick Lee, Danielle Dai dan ramai lagi.

    Kisah bermula apabila Hong Yu Zhen (Remon Lim) yang sentiasa percaya bahawa wanita akan lebih sempurna apabila bersama suaminya cuba membahagiakan anak menantunya, Xiao Na Na (Danielle Dai) dengan memberikan percutian istimewa kepada anak lelakinya Zeng Shen Feng (Frederick Lee) dengan harapan bakal menimang cucu tidak lama lagi.  Yu Zhen sebenarnya tidak menyedari bahawa perkahwinan Na Na sedang berantakan kerana sifat Shen Zheng yang tidak mempedulikan isterinya. Bagi memastikan percutian itu berjaya, Yu Zhen menghantar anak bongsunya, Zeng Qi Jian (Lawrence Wong) untuk turut serta. Namun segalanya gagal apabila sekembalinya mereka, Shen Feng menyatakan hasratnya untuk bercerai apabila mengetahui Na Na menemui semula kekasih lamanya. Lebih memeranjatkan apabila pada suatu hari Xia Hui Min (Joey Leong) adik Na Na disahkan mengandung akibat keterlanjurannya bersama Qi Jian ketika mereka menyertai percutian itu.

    Akibatnya, pasangan itu terpaksa berkahwin di usia muda. Walaupun mereka saling mencintai namun latar belakang mereka dari keluarga yang berbeza sedikit sebanyak bakal memberi kesan dalam hubungan mereka sebagai suami isteri. Berbeza dengan Qi Jian, Hui Min dibesarkan ibunya, Xiao Mei Feng (Loo Aye Keng) yang merupakan seorang peguam, terpaksa membesarkan anak-anaknya sendiri selepas kematian suaminya. Mei Feng juga lebih bersikap moden dan sering bertukar-tukar teman lelaki. Mei Feng yang sudah mengagak kegagalan rumah tangga anak sulungnya sentiasa berharap Hui Min akan memiliki kerjaya dan berjaya dalam hidup. Namun cita-citanya hancur mengetahui berita kehamilan Hui Min.

    Lain pula bagi Qi Jian dan Hui Min yang saling mencintai antara satu sama lain bertekad untuk mendirikan rumah tangga walaupun mendapat tentangan ibunya dan dengan keadaan Shen Feng dan Na Na yang tetap ingin bercerai. Yang pasti kehadiran ibu mertua mereka dalam urusan rumah tangga mereka bakal memberikan tekanan besar kepada mereka berdua.

     

    Mampukah mereka bertahan dengan kerenah ibu mereka Yu Zhen dan Mei Feng? Sejauh manakah kekuatan cinta mereka? Apakah rancangan Mei Feng untuk memisahkan mereka? Nantikan In Laws yang bakal menemui penonton ntv7 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 9.30 malam hingga 10.30 malam bermula 20 Februari ini.

     

    Sementara itu, sidang media khas yang diadakan pada hari ini mengumumkan berita baik kepada para penonton yang akan mengikuti drama bersiri ini kerana sebuah peraduan istimewa bakal disiarkan ntv7 dengan tawaran hadiah menarik. Terima kasih kepada Pensonic, penonton berpeluang memiliki enam unit produk PapaBlend yang merupakan pengisar jus menerusi peraduan In Laws ini. Model terbaru daripada Pensonic ini mempunyai keupayaan tahan suhu tinggi dan tahan lasak. Lebih menarik adalah ia mampu mengisar makanan dengan lebih pantas menggunakan lapan bilah pemotong yang membantu melumatkan bahan-bahan yang mampu memudahkan lagi penyerapan nutrient dan pencernaan badan. Pastikan anda menonton In Laws untuk berpeluang memenagi hadiah-hadiah yang disediakan.

Comments related to 《nán hūn nǚ jià / In Laws / In-Laws Press Conference / 男婚女嫁》
You can also comment it ...